Thursday, November 3, 2011

Surah al-Falaq

Surah ke :   114
Jumlah ayat: 5
سُوۡرَةُ الفَلَق
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ (١) مِن شَرِّ مَا خَلَقَ (٢) وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (٣) وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِى ٱلۡعُقَدِ (٤) وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (٥)


Terjemahannya:

Surah Al-Falaq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (1) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (2) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (3) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (4) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya. / (5) 

Allah SWT sebaik-baik pelindung
Kehidupan manusia di dunia ini penu pancaroba. Antara ujian yang perlu dihadapi ialah menghadapi kerenah kaum sebangsanya iaitu manusia. Manusia mempunyai pelbagai gelagat. Kita bersyukur apabila berada dikalangan orang-orang yang takutkan Allah kerana mereka tidak akan melakukan kejahatan. Namun manusia yang tidak takutkan Allah SWT sentiasa berusaha untuk mencapai matlmatnya yang baik atau buruk dengan apa cara sekkalipun sama ada diredhai Allah SWT atau tidak. Oleh itu manusia seperti ini sanggup membuat kejahatan yang nyata seperti mencuri, berbohong dan sebagainya selain sanggup berkompromi dengan orang kafir mahupun makhluk seperti syaitan dan jin demi mencapai hasrat mereka. Mereka tidak mahu melihat orang lain lebih kepandaian, kekayaan dan pelbagai kelebihan lain yang dianugerahkan Allah melainkan mereka cuba untuk menghancurkannya dengan sedaya upaya mereka. Golongan seperti ini sentiasa ada dikalangan manusia. Oleh itu kita Allah SWT yang Maha Penyayang telah mengajar kita surah ini supaya kita sentiasa yakin bahawa Allah SWT tidak akan menghampakan kita bahkan melindungi kita setiap masa. Yakinilah padaNya dan amalkan surah ini serta banyakkan berserah padaNya, Dialah sebaik-baik pelindung.

No comments:

Post a Comment