Wednesday, June 22, 2011

Surah al-Fatihah

Juz 1
Surah al-Fatihah
ayat 1-7

Nama lain surah ini (12): Surah al-Hamd, al-Solat, Fatihah al-Kitab, Ummul Kitab, Ummul Quran, Sab' al-Mathani, al-Asas, al-Wafiah, al-Kafiah, al-Syifa'.(Qurtubi)

Ayat 1: Basmalah
Terdapat tiga pandangan ulama tentang adakah basmalah termasuk sebahagian dari surah al-Fatihah atau tidak:
a- Shafie & Hambali: Ia sebahagian daripada Fatihah.Dibaca dengan kuat sepertinya (Shafie). Dibaca perlahan (Hambali)

b- Maliki & Hanafi:Ia bukan sebahagian dari surah Fatihah atau mana-mana surah. (Ada di tengah-tengah surah al-Naml)Hanafi : Dibaca secara senyap sebelum Fatihah.

c- Abdullah Ibn al-Mubarak: Ia sebahagian dari setiap surah kecuali surah al-Baraah.

Kelebihannya menurut Imam Ali (kwj):
- Penyembuh penyakit dan membantu ubatan.
- Dampingan para mu'min. Ia sentiasa disebut-sebut.
- Pegangan orang yang mahu kembali kepada Allah dengan amal soleh.

Amalan: Ia menjadi bacaan sebelum memulakan pekerjaan.

Surah ini terkandung 2 bahagian:
Ayat 1-4: Membesarkan Allah: Pujian kepada Allah SWT sebagaimana selayaknya.
Ayat 5-7: Kerendahan manusia sebagai hamba Allah yang memerlukan pertolongan.

Kepentingan al-Fatihah:
1. Hubungan dengan Allah SWT. Allah SWT menunjukkan kepada manusia bagaimana untuk berhubungan denganNya supaya manusia boleh mengadu dan bermunajat padaNya.
2. Menjadi rukun (tiang) dalam ibadat solat. Solat tidak sah tanpa membacanya.
3.Doa utama umat Islam. Surah ini mengandungi doa yang paling diperlukan oleh manusia iaitu memohon pertolonganNya dalam setiap perkara dan mohon diberi petunjuk ke jalan yang benar supaya tidak tersasar dan dimurkai oleh Allah SWT.

Surah ini dibaca sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari oleh seorang mu'min yang melakukan ibadat solat penuh.

sumber: Tafsir al-Munir

Pujian kepada Allah
Di dalam surah ini Allah SWT sendiri mengajar manusia dan sekalian makhluk bagaimana untuk memuji selayaknya kepada Maha Pencipta. Seorang hamba perlu membanyakkan pujian dan kesyukuran kepada penciptanya dengan segala nikmat dan kelebihan yang diberikan. Pujian ialah dengan menyebut-nyebut kebbesaran Ilahi dan bersyukur ialah dengan menunjukkan terima kasih dengan melakukan ketaatan dan ibadat dengan segala anggotanya yang termampu. Oleh itu kita dapati Nabi Muhammad SAW sebagai kekasih Allah sangat kuat melakukan ibadat dan ketaatan walaupun baginda telah pun mendapat tempat di sisi Allah SWT kerana ingin mensyukuri nikmat besar yang Allah SWT kurniakan kepada baginda.

Baca lebih lanjut beza alhamd, alsyukr, almadh disini.

13 comments: