Wednesday, June 22, 2011

Surah al-Fatihah

Juz 1
Surah al-Fatihah
ayat 1-7

Nama lain surah ini (12): Surah al-Hamd, al-Solat, Fatihah al-Kitab, Ummul Kitab, Ummul Quran, Sab' al-Mathani, al-Asas, al-Wafiah, al-Kafiah, al-Syifa'.(Qurtubi)

Ayat 1: Basmalah
Terdapat tiga pandangan ulama tentang adakah basmalah termasuk sebahagian dari surah al-Fatihah atau tidak:
a- Shafie & Hambali: Ia sebahagian daripada Fatihah.Dibaca dengan kuat sepertinya (Shafie). Dibaca perlahan (Hambali)

b- Maliki & Hanafi:Ia bukan sebahagian dari surah Fatihah atau mana-mana surah. (Ada di tengah-tengah surah al-Naml)Hanafi : Dibaca secara senyap sebelum Fatihah.

c- Abdullah Ibn al-Mubarak: Ia sebahagian dari setiap surah kecuali surah al-Baraah.

Kelebihannya menurut Imam Ali (kwj):
- Penyembuh penyakit dan membantu ubatan.
- Dampingan para mu'min. Ia sentiasa disebut-sebut.
- Pegangan orang yang mahu kembali kepada Allah dengan amal soleh.

Amalan: Ia menjadi bacaan sebelum memulakan pekerjaan.

Surah ini terkandung 2 bahagian:
Ayat 1-4: Membesarkan Allah: Pujian kepada Allah SWT sebagaimana selayaknya.
Ayat 5-7: Kerendahan manusia sebagai hamba Allah yang memerlukan pertolongan.

Kepentingan al-Fatihah:
1. Hubungan dengan Allah SWT. Allah SWT menunjukkan kepada manusia bagaimana untuk berhubungan denganNya supaya manusia boleh mengadu dan bermunajat padaNya.
2. Menjadi rukun (tiang) dalam ibadat solat. Solat tidak sah tanpa membacanya.
3.Doa utama umat Islam. Surah ini mengandungi doa yang paling diperlukan oleh manusia iaitu memohon pertolonganNya dalam setiap perkara dan mohon diberi petunjuk ke jalan yang benar supaya tidak tersasar dan dimurkai oleh Allah SWT.

Surah ini dibaca sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari oleh seorang mu'min yang melakukan ibadat solat penuh.

sumber: Tafsir al-Munir

Pujian kepada Allah
Di dalam surah ini Allah SWT sendiri mengajar manusia dan sekalian makhluk bagaimana untuk memuji selayaknya kepada Maha Pencipta. Seorang hamba perlu membanyakkan pujian dan kesyukuran kepada penciptanya dengan segala nikmat dan kelebihan yang diberikan. Pujian ialah dengan menyebut-nyebut kebbesaran Ilahi dan bersyukur ialah dengan menunjukkan terima kasih dengan melakukan ketaatan dan ibadat dengan segala anggotanya yang termampu. Oleh itu kita dapati Nabi Muhammad SAW sebagai kekasih Allah sangat kuat melakukan ibadat dan ketaatan walaupun baginda telah pun mendapat tempat di sisi Allah SWT kerana ingin mensyukuri nikmat besar yang Allah SWT kurniakan kepada baginda.

Baca lebih lanjut beza alhamd, alsyukr, almadh disini.

Thursday, June 9, 2011

`10 ni'mat anugerah Ilahi kepada orang Yahudi

Surah al-Baqarah
ayat 49-60
juz 1

Allah Swt menyebut ni'mat-ni'mat yang banyak telah dianugerahkan kepada Bani Israil yang bersabar menghadapi ujian Allah ketika dibawah pemerintahan kerajaan Firaun. Oleh itu orang Yahudi ketika Nabi Muhammad menyeru dakwah hendaklah mengingati semula ni'mat ini dengan menerima ajaran Allah melalui Nabi Muhammad SAW dan tidak menolaknya. Begitu juga orang Yahudi zaman sekarang perlu mengetahui asal-usul mereka yang telah diselamatkan dengan keimanan nenek moyang mereka dahulu. Antara ni'matnya ialah:

1. Diselamatkan daripada Firaun dan konco-konconya yang telah menzalimi orang Yahudi dengan menyembelih anak lelaki kaum Yahudi dan mengaibkan kaum perempuannya semata-mata kerana mereka dianggap sebagai kelas kedua yang hina dan dikerah bekerja bagaikan hamba. Tambahan pula setelah Firaun mendapat mimpi api yang datang dari rumah Bani Israil membakarinya. Para ahli nujum memberi tafsiran bahawa kerajaan Firaun akan tumbang di tangan salah seorang anak Bani Israil.

2. Bani Israil terelamat ketika melalui jalan Laut Merah yang terbuka dengan mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada Nabi Musa AS, sedangkan tentera-tentera Firaun yang mengikuti dari belakang mereka tenggelam semuanya di dalam laut.

3. Allah SWT menerima taubat Bani Israil yang telah menyekutukan Allah dengan menyembah sapi semasa ketiadaan Nabi Musa. Ini dengan sifat Allah SWT yang Maha menerima taubat hambaNya yang bersungguh-sungguh memohon dan ingin kembali kepadaNya.

4. Anugerah kitab Taurat kepada Bani Israil merupakan ni'mat yang perlu disyukuri kerana ia menjadi panduan kepada mereka untuk membezakan antara yang hak dan batil. Dengan kitab ini mereka dapat mendekati Tuhan mereka dengan benar.

5. Membersihkan dosa Bani Israil daripada saki-baki yang engkar melalui pertempuran yang termaktub dalam perundangan mereka. Bani Israil mu'min dikehendaki membunuh mereka yang berdosa di dalam gempulan awan hitam yang dihantar oleh Allah SWT supaya mereka tidak dapat melihat siapa yang mereka bunuh atau merasa belas kasihan ke atas mereka daripada terbit matahari hingga akhir waktu dhuha. Seramai 70,000 dibunuh. Setelah itu Nabi Musa dan Harun telah tunduk berdoa kepada Allah SWT supaya diampunkan kaumnya. Lalu Allah menerima taubat Bani Israil dan mengampunkan mereka yang terbunuh dan yang masih hidup dengan memberi rezeki kepada mereka.

6. Bani Israil dihidupkan semula selepas mereka mati dipanah petir.Ini terjadi sewaktu 70 orang Yahudi terpilih pergi mengikuti Nabi Musa ke Tur Saina untuk memohon keuzuran daripada penyembah sapi. Di dalam perjalanan itu ada antara mereka berkata kepada Nabi Musa, kami tidak akan percaya kepada Allah dan kitabNyasehingga kami melihat sendiri Allah SWT tanpa sebarang perantaraan. Mereka mati serta-merta terbakar dari panahan api neraka menunjukkan kemurkaan Allah SWT. Mereka yang hidup melihat kejadian ini di hadapan mereka, mayat bergelimpangan selama sehari semalaman, kemudian Allah SWT bangkitkan semula mereka dengan rahmatNya supaya mereka menjadi manusia yang bersyukur dan mempercayai utusan Allah SWT. Ada juga ahli tafsir yang menafsir secara kias iaitu hidup semula bermaksud anak keturunan Bani Israil diberi hidup dalam nikmat Ilahi.

7. Allah SWT juga telah melindungi mereka sewaktu dalam perjalanan itu dengan menghantar