Wednesday, June 30, 2010

Al-abrar

Surah al-Mutaffifin
Surah ke 83
ayat 18-28 daripada 36 ayat

كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الْأَبْرَارِ لَفِي عِلِّيِّينَ (18)

وَمَا أَدْرَاكَ مَا عِلِّيُّونَ (19)

كِتَابٌ مَرْقُومٌ (20)

يَشْهَدُهُ الْمُقَرَّبُونَ (21)

إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ (22)

عَلَى الْأَرَائِكِ يَنْظُرُونَ (23)

تَعْرِفُ فِي وُجُوهِهِمْ نَضْرَةَ النَّعِيمِ (24)

يُسْقَوْنَ مِنْ رَحِيقٍ مَخْتُومٍ (25)

خِتَامُهُ مِسْكٌ ۚ وَفِي ذَٰلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ (26)

وَمِزَاجُهُ مِنْ تَسْنِيمٍ (27)

عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا الْمُقَرَّبُونَ (28)

[18]
Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam" Illiyiin".
[19]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Illiyiin" itu?
[20]
Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata,
[21]
Yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, yang didampingkan Tuhan di sisinya.
[22]
Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat:
[23]
Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ).
[24]
Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka perolehi.
[25]
Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya,
[26]
Meterainya kasturi; - dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;
[27]
Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasnim":
[28]
laitu matair yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya).
[29]

Siapakah golongan al-abrar?
Al-Abrar bermaksud orang-orang yang membuat bakti.

Golongan ini ialah golongan mukmin yang advance yang mana hati-hati mereka telah menggapai syurga Allah SWT di Akhirat. Mereka beriman kepada Allah dengan sebenar-benar ketaqwaan dan mengorbankan sifat-sifat manusia yang mendambakan kepentingan peribadi lebih dari segalanya. Mereka bukan sahaja beriman bahkan mengamalkan segala suruhan Allah dan laranganNya. Mereka mengerti sepenuhnya tujuan manusia diciptakan, iaitu tidak lain dari untuk menjadi hamba Allah di samping menjadi khalifah Allah di muka bumi ini. Setelah membuat segala amal ibadah yang mereka mampu, mereka berusaha untuk berkhidmat kepada sesama manusia. Mereka prihatin dengan nasib golongan lemah. Orang-orang miskin, orang-orang sakit serta mereka yang menderita menjadi medan golongan abrar membuat bakti.Manakala sebaik-baik bakti ialah kepada kedua ibu bapa.

Golongan abrar sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT, dan menganggap setiap sesuatu itu kepunyaan Allah, maka mereka tunduk patuh mengerjakan segala perintah demi untuk mendapat keredhaan Allah azzawajalla. Dengan itu mereka telah dijanjikan dengan balasan syurga yang kekal abadi dan penuh kenikmatan. (al-Infitar:13, al-Insan: 5, al-Imran: 198)

Marilah kita sama-sama berdoa menjadi dari kalangan golongan ini dengan doa sebagaimana dalam surah Aal Imran ayat 193.

رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ (193)